KENALI KAMI:
WONDER BENGALS cattery adalah sebuah taman rimba kecil yang menempatkan kucing bengal yang terletak di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor, Malaysia.
WONDER BENGALS berdaftar dengan The International Cat Association USA (TICA) no. pendaftaran 22279 bagi menternak kucing bengal asli, berkualiti, cantik dan diiktiraf. Setiap kucing bengal kami mempunyai sijil pendaftaran(Pedigree) dari TICA, Microchip dan rekod kesihatan yang berjadual.
WONDER BENGALS berdaftar dengan The International Cat Association USA (TICA) no. pendaftaran 22279 bagi menternak kucing bengal asli, berkualiti, cantik dan diiktiraf. Setiap kucing bengal kami mempunyai sijil pendaftaran(Pedigree) dari TICA, Microchip dan rekod kesihatan yang berjadual.
Tuesday, 29 November 2011
Ithon F1 yang sangat manja..
kali pertama Ithon sampai ke WONDER BENGALS dia kelihatan sangat garang. Setiap petang selepas pulang dari pejabat aku luangkan masa bersamanya paling kurang 1jam. Hari demi hari kami bersama kemudian Ithon semakin selesa dengan ku. Sekarang, setiap petang pulang dari pejabat dia akan menyambut ku dengan (Meeoww) beri salam pertemuan kami dari dalam sangkar hijau setelah sepanjang hari tidak bersama. Ithon adalah makhluk tuhan yang sangat manja...
Sunday, 20 November 2011
aktiviti pagi KYRA
Setiap hari minggu inilah aktiviti anak saya. Bangun-bangun dari tidur tempat pertama adalah didalam sangkar hijau. Kucing “Favorite” untuk dikendong ialah MALEEQI dan BABY BOY. Mereka ni sangat-sangat manja dan tidak pernah sekali pun mengigit KYRA.
Bengals di cattery kami ialah kawan baik pada KYRA. Jika kami dirumah sepanjang hari, runtin KYRA dari pagi hinggalah tidurnya akan bermain dengan kucing-kucing ini.
MALEEQI juga sepertinya memahami perasaan kami dan menunjukkan keselesaannye dan kemanjaannye untuk membalas kasih sayang antara kami.
Mereka lah tempat kami meluahkan rasa sedih, sayang, gembira dan sebagainya. Mereka jugalah harta-harta kami yang beharga. Sayang kamu sangat-sangat..
MUuaahh Meeeoww..
Subscribe to:
Posts (Atom)