KENALI KAMI:

WONDER BENGALS cattery adalah sebuah taman rimba kecil yang menempatkan kucing bengal yang terletak di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor, Malaysia.

WONDER BENGALS berdaftar dengan The International Cat Association USA (TICA) no. pendaftaran 22279 bagi menternak kucing bengal asli, berkualiti, cantik dan diiktiraf. Setiap kucing bengal kami mempunyai sijil pendaftaran(Pedigree) dari TICA, Microchip dan rekod kesihatan yang berjadual.


Thursday 19 January 2012

FIFE -KKM cat show 18 DEC 2011

Maaf la lama tak update blog ni oleh kerana sebab-sebab tertentu.. Jadi hari ni baru nak mula bercerita balik pasal show tahun lepas.
Show ni diadakan di SACC MALL, Shah Alam. Saya ceritakan dari persiapan 2minggu sebelum show ini bermula. Target utama "PAPA CAT" adalah pada MAKIRA (gambar bengal kiri) , jadi MAKIRA dapat perhatian lebih dari yang lain-lain la.
Ini BABY BOY dan AQLAQ. Budak berdua ni sangat manja dengan PAPA CAT. Setiap malam selepas balik dari WONDERPET PLANET (petshop) sepanjang 2 minggu tu PAPA CAT akan habiskan masa di dalam cage besar dari jam 12malam hingga 3pagi.
Ini pulak KAKAK (puteri kami) dia lah yang selalu menghabiskan masa bersama bengal-bengal kami. Masa show pun dia lah yang melayan anak-anak bulus kami (bengal).
Ni masa MAKIRA di 'JUDGING' oleh Pengadil la...
Ni masa BABY BOY di 'JUDGING' oleh Pengadil pulak...

                   
Ni pulak masa AQLAQ di 'JUDGING' oleh Pengadil... JUDGE ni sangat suke dan senang dengan AQLAQ. Jadi ALQAL dah amik hati JUDGE tu, kemudian dpt kemenangan pada AQLAQ. Terima Kasih JUDGE.