KENALI KAMI:

WONDER BENGALS cattery adalah sebuah taman rimba kecil yang menempatkan kucing bengal yang terletak di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor, Malaysia.

WONDER BENGALS berdaftar dengan The International Cat Association USA (TICA) no. pendaftaran 22279 bagi menternak kucing bengal asli, berkualiti, cantik dan diiktiraf. Setiap kucing bengal kami mempunyai sijil pendaftaran(Pedigree) dari TICA, Microchip dan rekod kesihatan yang berjadual.


Sunday 9 October 2011

Permulaan persiapan untuk harimau manjaku..

Pandangan dari dalam cage.
Pandangan dari luar cage.
Ini la kediaman untuk Kucing di WONDER BENGALS.  Seperti yang kita semua tahu Bengal adalah sejenis kucing yang sangat aktif, manja dan suka explore. Untuk menyesuaikan keadaan asal spesis kucing bengal ini kami telah membuat beberapa research mengenai habitat asal untuk di transform kan ke cattery kami. Dari pemerhatian kami mengenai size sangkar yang sesuai kucing Bengal ini adalah melebihi  1 ½ meter  lebar x 1 ½ meter tinggi.

Pandangan dari sisi cage.
Dengan keadaan halaman yg tidak berapa besar untuk sebuah rumah cluster,oleh itu kami tidak dapat menyediakan cage yg besar, jd cuma ini sahaja yang dapat kami sediakan untuk kucing-kucing kami. Kami berusaha untuk memberi yg terbaik kepada kucing Bengal kami.

1 comment: